"whatever happens today, will keep the impetus for tomorrow''

TERIMA KASIH SUDI JENGUK BLOG ZYLA

@ V.I.P @

Miss You

Assalammualaikum..

selamat malam, wah, baru timbul budk ni, haha.. sorry sgt2 my blog.. zyla sangat2 buzy dalam minggu ni, bukan apa, paham2 lah dah nak dekat2 raya ni, macam2 nak di buat. buat kuih raya, kemas2 rumah & macam2 lagi.. minggu lalu, zyla tolong2 diorg hubby cat rumah, & buat kuih juga.. tp baru ja 3 jenis zyla buat.. korang mesti dah bnyak buat kuih raya kan?.. bestnya korang..

kalau raya mesti buat kuih raya kan.. tp kalau ada yg tk sempat tu, beli kat kedai ja, banyak kat kedai, tp kadang2 sikit ja dapat, berbanding kita buat sendiri kan, lebih bnyak & lebih sedap.. zyla pun pandai dah buat kuih raya ni, senang juga lah tp penat pun ada..tp takpa setahun sekali ja..





Thanks For Reading My post

Jangan Ganggu Saya Lagi

Selamat menunaikan ibadah puasa...


zyla sebenarnya malas juga kadang2 mau online facebook, bukan apa, kalau dah on chat kan, ramai lah tu ganggu2 zyla ni.. diorg tak nampak kah zyla dah kawin, nak ganggu2 org lg tu. apa lah org2 ni.. zyla tak boleh layan diorg, nanti makin menjadi2 lah pla. nanti jadi fitnah lagi tau, tak baik, tak baik.. zyla kena jaga hati suami zyla, zyla sayang sangat dgn hsband zyla, cuma kematian ja memisahkan kami..  tolong lah jgn ganggu zyla lagi.. ok tq..




Saya adalah seorang isteri yg setia..saya sayang family saya.. (macam budak baru belajar bercakap pla)..








Thanks For Reading My post

Selamat Pagi

Assalammualaikum..


selamat pagi semua.. sedar tak sedar hari ni dah masuk  hari ke-11 kita ni berpuasa kan, zyla ni belum lagi buat kuih2 raya ni, lagu raya dah banyak dah deperdengarkan di kedai2, market2 &shopping complex kan.. wah, bestnya.. sedih pun ada jg.. sedih napa?.. tahun ni mama & adik2 semua balik kampung di tawau.. bestnya diorg.. zyla tak dapat ikut sebab tak muat kereta, lgpun zyla tak biasa lah pandu kereta sejauh itu.. wah, pengsan nnti d jalan..


sunyi lah raya tahun ni bila diorg semua takda, zyla nak juga ikut, tapi zyla kan dah ada husband tak juga boleh tinggal kan dia sorang2 di sni kan.. nanti apa pla kata org.. takpa lah insyallah, cuti skolah baru dapat balik kg.. mudah-mudahan kn..ok lah.. nanti kita jumpa lagi yer.. bye.. wassalam..












Thanks For Reading My post

Doa & Zikir Melembutkan Hati Suami



Zikir ini elok diamalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut :

“Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini :

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi.”













Thanks For Reading My post

Fadhilat Mengerjakan Solat Terawih Di Setiap Bulan Ramadhan



Fadhilat Mengerjakan Solat Terawih Di Setiap Malam Ramadhan
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Wahai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin













Thanks For Reading My post

Tuntutan Nafkah Dan Hak Sebagai Seorang Isteri



Perkahwinan adalah fitrah semula jadi yang Allah SWT anugerahkan dalam diri setiap insan. Manakala menurut islam, perkahwinan bukan hanya atas tuntutan nafsu semata-mata tetapi adalah untuk beribadah kepada Allah.

Apabila setiap pasangan memahami tuntutan agama dalam sesebuah perkahwinan, pasti institusi yang dibina ini mampu menahan badai kerana jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berpuitik dari cinta yang mendalama antara suami dan isteri berpaksikan islam. Kurang pengetahuan dalam agama menjadi punca berlaku penceraian dan seterusnya pembawa beberapa masalah seplepas penceraian seperti pemberian nafkah, harta sepencarian dan lain-lain lagi dimana keadaan ini menyebabkan wanita sering menjadi mangsa.

Nafkah Isteri

Semasa dalam tempoh perkahwinan, mengikut hukum sayarak, isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suami. Nafkah itu pula perlu bergantung kepada kemampuan suami. Jika suami hanya mampu memberi nafkah bulanan sebanyak RM100 maka isteri perlu menerimanya dengan reda.

Jika isteri berasal dari keluarga berada atau mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dari suami, dia perlu menerima nafkah mengikut kemampuan suami bukannya berdasarkan status dirinya. Sejak akad dilafazkan, isteri perlu menerima suami seadanya.

Tiada Istilah “Digantung Tidak Bertali”

Apabila suami isteri faham hukum syarak sebenarnya tidak akan berlaku isteri digantung tidak bertali kerana setiap orang yang bernikah sudah ada taklik nikah iaitu apabila suami tidak membayar nafkah selama empat bulan, isteri boleh mengadu kepada mahkamah dan mahkamah boleh sabit kesalahan dan akan menjatuhkan talak kepada isteri.

Setelah masuk bulan kelima tetapi suami masih gagal membayar nafkah maka isteri boleh adu kepada mahkamah dan jangan tunggu sehingga empat tahun untuk membawa kes ini kepada mahkamah. Keadaan ini yang menjadikan wanita itu digantung tidak bertali kerana isteri tidak faham haknya dari segi undang-undang dan hukum syarak.

Setelah Talak Dijatuhkan

Terdapat dua proses perceraian iaitu cerai dalam mahkamah dan cerai luar mahkamah. Namun mengikut undang-undang, setiap penceraian itu perlu dibuat di hadapan mahkamah. Jika berlaku penceraian di luar mahkamah, ia adalah satu kesalahan dan akan dikenakan denda. Jika masih berlaku juga, penceraian itu perlu disahkan semula di mahkamah kerana mungkin lafaz cerai itu tidak sah.

Pasangan yang berada dalam masalah perkahwinan dan berusaha mahu menyelamatkan rumah tangga itu, boleh berjumpa dengan kaunselor perkahwinan. Ia bukan satu prosedur perceraian tetapi kehendak pasangan itu sebagai langkah mahu menyelamatkan perkahwinan. Setelah nekad untuk bercerai, suami dan isteri boleh membuat permohonan di mahkamah dan melantik peguam syarie bagi membantu melancarkan proses percertaian dan mendapat nafkah idah serentak.

Tangguhan Kes dan Nafkah Idah

Masyarakat hari ini sering dimomokkan dengan berita kes di mahkamah lambat diselesaikan dan perlu mengambil masa panjang. Keadaan ini menyebabkan wanita yang ingin membuat tuntutan di mahkamah membatalkan hasratnya.

Berdasarkan Seksyen 47(1)(f), apabila seseorang suami atau isteri hendak bercerai, mereka perlu menyerahkan borang yang mengandungi akuan berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri, sama ada sesuatu persetujuan tercapai atau cadangan pemohon mengenai hal itu. Maka akuan itu boleh dijadikan sebagai panduan kepada mahkamah untuk terus memerintahkan nafkah dalam tempoh idah isteri, dalam jumlah yang mampu dibayar bekas suami.

    “Syarat membolehkan isteri memperoleh nafkah idah ialah ikatan perkahwinan yang dibina itu sah menurut syarak, isteri taat dan patuh pada suaminya serta tidak pernah disabitkan oleh mahakmah sebagai isteri nusyuz”

Nafkah Anak

Apabila suami isteri telah bercerai, mengikut hukum syarak, bapa wajib menanggung nafkah ana-anaknya yang masih dibawah tanggungannya dan yang tidak berkemampuan. Namun kebanyakkan bekas suami cuai dalam pembayaran nafkah anak walaupun perintah nafkah anak telah dikeluarkan oleh mahkamah.

Bekas isteri boleh memfailkan kes penguatkuasaan perintah nafkah anak di Mahkamah Syariah bagi menuntut hutang nafkah anak yang gagal dilaksanakan. Kes ini mudah diselesaikan dan tidak mengambil masa panjang.

Selain nafkah iaitu penyediaan makan, minum dan tempat tinggal terdapat juga upah menjaga anak yang diberikan kepada isteri jika dia menjaga anak atau diberi kepada pengasuh atau pusat asuhan yang menjaga anak jika isteri bekerja. Namun upah menjaga anak ini jarang dituntu oleh isteri mungkin kerana mereka tidak tahu mengenainya.

    “Apabila anak berusia 18 tahun, bapa sudah berhenti memberi nafkah kepada anak. Namun bekas isteri boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk melanjutkan pemberian tempoh nafkah anak sehingga tamat belajar peringkat ijazah pertama atau anak itu sendiri boleh membuat tuntutan di mahkamah dengan syarat anak akan atau masih belajar di peringkat tinggi. Setelah anak berusia 18 tahun, dia mempunyai lokus iaitu boleh membuat tuntutan sendiri di mahkamah dan tidak perlu diwakili oleh pemegang amanah atau penjaga”

Harta Sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama suami isteri semasa sepanjang tempoh perkahwinan adan boleh dituntut oleh suami atau isteri. Harta sepencarian seperti wang, harta alih seperti perabut dan kerta, harta tidak alih seperti rumah, tanah dan banggunan atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini perlu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Mutaah

Mutaah iaitu sagu hati yang berupa wang atau harta yang diberikan kepada isteri apabila bercerai dan penceraian itu bukan berpunca dari isteri iaitu isteri seorang yang taat dan tidak pernah nusyuz. Tujuan pemberian mutaah bagi memudahkan isteri memulakan hidup baru selepas bercerai.

Jumlah pemberian mutaah adalah atas persetujuan bersama malah lebih mudah jika kedua-duanya bersetuju dengan amaun yang ditawarkan tanpa mengira nilainya. Apabila tiada persetujuan kedua belah pihak, hakim akan membuat tafsiran harta untuk dieberikan kepada kekas isteri apabila kes ini dibawa ke mahkamah. Pihak mahkamah juga akan melihat tempoh perkahwinan dan apakah pengorbanan isteri sepanjang perkahwinan seperti jumlah anak yang ramai.

Penderaan

Kehidupan yang mencabar pada masa kini juga memberi kesan kepada sebuah perkahwinan. Terdapat suami yang melepaskan tekanan kepada isteri dengan mendera mereka secara fizikal atau emosi.

    “Apabila isteri didera secara emosi, isteri perlu dapatkan pengesahan daripada pakar psikologi jika mahu membawa kes ini ke mahkamah. Jika isteri dipukul pula atau dipanggil assult dan battery. Assult ialah apabila isteri dipukul pada pertama kali, mahkamah boleh fasakh nikah dengan syarat isteri mempunyai saksi dan laporan doktor. Battery pula berkaitan emosi dan berpanjangan serta mendatangkan masalah kepada isteri seperti tekanan jiwa”















Jika isteri dipukul suami dan isteri memohon cerai di mahkamah tetapi suami enggan bercerai maka isteri boleh mendapatkan perintah injunksi atau tegahan iaitu melarang suami datang dekat sepanjang tempoh perbicaraan cerai dijalankan. Namun jika isteri melaporkan kepada pihak polis akibat didera, ia adalah dibawah Akta Keganasan Rumahtangga dan pihak polis boleh menahan reman suami.












Thanks For Reading My post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@ Simple life @

Foto saya
Beaufort Sabah, Malaysia
aku Wanita diciptakan dengan penuh kasih sayang, maka sebabnya aku mampu merangkul kesedihan dengan kelembutan hati ku....

@ New Entry @

@2011-2012@
Hak Cipta Terpelihara By Zyla. Jaga Diri Hias Peribadi